Skip to main content

TIPS BERNIAGA ONLINE UNTUK DROPSHIP DAN AGENT


Saya nak jual secara online tapi macam mana? Dah jadi trend sekarang berniaga secara online. Untuk newbie yang baru nak berjinak, ini tips untuk korang ikut.

#1 PASTIKAN ANDA ADA SOCIAL MEDIA
Antaranya:

-Facebook
-Instagram
-Telegram
-Whatsapp

Gunakan social media untuk korang post iklan. Kurangkan hard sell lebihkan soft sell.
Untuk newbie yang baru berjinak nak menjual, apa kata buat #teaser terlebih dulu. Acah-acah test market la kononnya. Teaser akan buat orang tak sabar nak tahu. Contoh kalau nak menjual perfume, boleh buat post " hari ni mak tegur cakap bau manis satu rumah. Kenapa ya?" Esok up satu status " mungkinkah kerana ini?" Dan post bersama 1 gambar produk dari sisi.
.
Jangan mention product lagi. Teaser ni mkn masa tapi menjadi. Boleh buat seminggu sebelum maklumkan produk yang korang jual.
.
Lepas seminggu, boleh blast whatsapp pada semua contact number yang korang ada. Bagitau korang jual apa. Update di insta story, facebook story, status whatsapp dan banyak lagi. Tapi jangan terlalu hardcore.

#2 BUAT RESEARCH NAK JUAL PRODUCT APA

Sebelum menjual apa-apa produk, jom jadi seller yang bijak. Pastikan produk kita nak jual tu tak mendatangkan side effect kepada pengguna. Kalau jamu, pastikan ada KKM. Kalau jual tudung, pastikan patuh syariah.
.
Tengok product apa yang sedang hangat dipasaran. Dan review dari pengguna. Boleh juga cuba beli sebelum menjual.
.
#3 BERANI LABURKAN DUIT DENGAN BIJAK
Nak buat bisnes online ni ada yang percuma ada yang berbayar. Boleh pilih nak jadi dropship atau agen sesuatu produk. Kebiasaannya banyak yang offer dropship secara percuma. Ada juga yang letak syarat berbayar. Tepuk dada tanya akal.
.
Yang berbayar, apa yang anda dapat. Contoh macam Dexandra bayar RM150 untuk dropship sekali seumur hidup tapi dapat barang. 20 tester 3ml dan 1 kotak tester kit. Itu berbaloi kan?
.
#4 FOKUS PADA 1 PRODUK
Percaya atau percaya sangat bila kita fokus pada 1, lebih cepat terjual dan kita pun tak serabut. Duit modal dan komisen juga teratur. Tak la nanti serabut kepala. Banyak order tapi untung tak nampak. Faham ke faham sangat?

#5 JANGAN MENJUAL SAJE, GUNA JUGA PRODUK TU.
Macam mana orang nak yakin kalau kita jual tapi kita tak pakai? Jadikan diri anda tu testimoni tau.
.
#6 JANGAN HANGAT-HANGAT TAHI AYAM
Menjual secara online ni kena banyak sabar. Permulaan memang orang tak beli. Tapi orang memerhati. Lama kelamaan akan ada yang aware dan membeli. Yang penting jangan cepat give up dan bertukar produk. Lepas tu salahkan produk. Kalau 10 produk korang jual pun tak jalan-jalan, salah produk ke salah diri sendiri ni?
.
Jadi dah bersedia untuk jual secara online? Dah boleh mula kan misi mencari produk untuk dijual. Kalau Qila, Qila cadangkan Dexandra. Sebab Qila dulu bermula dengan dropship Dexandra.😁

Semoga bermanfaat untuk pembaca semua.

Nur Aqiala Razali

Comments

Popular posts from this blog

HANTARAN PERFUME DEXANDRA Assalamualaikum wbt. Bila tiba musim kahwin, bakal-bakal pengantin semua kelam kabut nak beli hantaran. Masa nak kahwin ni memang banyak pakai duit. Ramai yang nak berjimat kan? Mudah je. Untuk hantaran beli Dexandra. Kalau sepasang baru RM140. Settle masalah hantaran dua pihak. Tak nak cerita panjang, jom tengok contoh hantaran Dexandra. Pastinya berbaloi. Amacam? Cantik kan? Semoga memberi inspirasi dan idea. Selamat pengantin baru !

NAK JADI DROPSHIP DEXANDRA?

Assalamualaikum wbt. Hi pencinta perfume. Selalu guna perfume je kan? Nak ke nak sangat kalau kita buka peluang jadi Dropship DEXANDRA? Saya nak bantu anda yang betul-betul nak jana pendapatan khususnya suri rumah dan student. APA SYARAT NAK JADI DROPSHIP? - Jujur dan amanah dalam perniagaan -Betul-betul serius untuk berniaga - Rajin YURAN DROPSHIP Hanya RM150 sekali je anda kena bayar. Ini adalah yuran komitmen untuk menunjukkan anda betul-betul serius untuk berniaga. buka join semata-mata nak harga murah. Tapi jangan risau. Ada 4 pakej yang boleh dipilih mengikut mana yang anda suka. Keuntungan 30% dari harga jualan. APA KELEBIHAN MENJADI DROPSHIP DEXANDRA DIBAWAH TEAM SAYA? - tak perlu pegang stok -tak perlu pos -hanya promote secara ofline dan online -bahan gambar, ayat marketing akan diberi dan diguide dari semasa ke semasa -perkongsian ilmu yang mahal-mahal untuk bisnes anda - akan diinvite ke group whatsapp, telegram, facebook. -mendapat ID sell...

5 KESILAPAN BILA GUNA PERFUME

5 kesilapan bila guna perfume. 1. Simpan di tempat yang terlalu sejuk atau panas. Cara simpan yang betul adalah pada suhu bilik untuk elakkan bau perfume terjejas. . 2. Menggosok tempat yang disembur. Kebiasaannya orang sembur dipergelangan tangan. Tapi jangan gosok perfume terlalu kuat. Cukup sekadar "dap dap" untuk pastikan molekul perfume terjaga. . 3. Sembur perfume di barang kemas/perhiasan. Semburan perfume boleh merosakkan barang perhiasan anda dan bau perfume juga akan bertukar. . 4. Sembur di baju. Cara terbaik adalah sembur di badan. Elakkan sembur di baju supaya tiada kesan tompokan pada pakaian. . 5. Sembur pada kulit kering. Seeloknya sebelum pakai lotion sapu pelembab badan seperti Vaseline untuk bau perfume lebih tahan lama. . Sekian tips perfume kali ini. Semoga bermanfaat. Nur Aqiala Razali Agen Dexandra KL